Teguran Ibn Mubarak Kepada Fudhail bin Iyadh

Teguran Ibn Mubarak Kepada Fudhail bin Iyadh
October 19, 2010 at 9:00pm
Wahai abid dua tanah haram, jika kamu melihat kami,nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.

Orang yang membasahi lehernya dengan air mata, sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah,

Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia, sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan,

Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan,

Telah datang sabda Nabi kita kepada kita, kata yang benar, tepat dan bukan dusta,

“Tidak akan bertemu debu kudapada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala”

Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa, “orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta

Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak di atas ditujukan kepada al Fudhail bin Iyadh seseorang yang berada di tanah haram Makah al-Mukarramah untuk beribadah.

Abdullah bin Al-Mubarak Rahimahullah adalah seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti dengan adanya hadis-­hadis beliau yang termaktub di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, kitab-kitab sunan dan kitab-kitab musnad.

Lebih dari itu, beliau adalah antara fuqahak yang bijak dan mempunyai harta yang banyak. Kekayaannya telah dibelanjakan untuk membiayai ahli ilmu di semua kota-kota besar Islam. Beliau juga mempunyai koleksi puisi-puisi iman yang indah.

Bukan itu saja, bahkan beliau juga adalah seorang da’i dan mujahid. Setiap tahun beliau menghadiri perang ke negara Rom Timur dan menjadikan Tarsus yang terletak di selatan Turki sebagai tempat tinggalnya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau pemimpin ahli hadis dalam generasinya.

Kita dapat lihat beliau membantah sikap sahabatnya, seorang abid zahid yang thiqah iaitu al-Fudhail bin Iyadh r.a (meninggal pada 187H) kerana meninggalkan jihad di medan dan mengasingkan diri di Mekah untuk beribadat.

Al-Fudhail bin Iyadh r.a juga merupakan seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti melalui hadis-hadisnya yang terdapat di dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim.

Dalam sejarah Islam, beliau dianggap sebagai abid dan zahid yang termasyhur dan paling baik perkataannya.

Tetapi Abdullah bin Al-Mubarak tidak menganggap keistimewaan itu sebagai alasan untuk meninggalkan jihad dan memerangi musuh Islam.

Ibnu al-Mubarak pun mengeluarkan ‘kata-kata berat’ kepada al-Fudhail dan menyifatkan sahabatnya itu sebagai ahli abid yang bermain-main dengan ibadatnya.

Tegurannya itu dikirimkan kepada al-Fudhail dari Tarsus setelah selesai satu peperangan, semasa belum pun sempat debu di badannya hilang.

Beliau mengirimkan rangkap-rangkap puisi yang tersangat indah, yang boleh dijadikan hujah bagi setiap da’i selepas beliau.

Advertisements
This entry was posted in dakwah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s