ibu bapa rasulullah

Benarkah Sesiapa Berpendapat Ibubapa Rasulullah di Neraka Adalah Khawarij?

Dari Anas Bin Malik radhiyallahu’anhu:

“Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah! Dimanakah bapaku? Baginda bersabda: “Di dalam neraka.”Tatkala lelaki itu berpaling, baginda memanggilnya dan berkata : “Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”

Para ulama’ Ahlussunnah Wal Jamaah yang berpendapat bahawa ibu bapa Nabi shallallahu ‘alayhi wasallam di dalam neraka bersandarkan nas-nas yang shahih.

– Imam Muslim menshahihkannya di dlm Shahih-nya
– Imam Ahmad menshahihkannya di dlm Musnad-nya
– Imam Abu Daud meriwayatkannya di dlm Sunan-nya
– Imam Ibnu Hibban menshahihkannya di dlm Shahih-nya
– Imam al-Baihaqy meriwayatkannya di dlm kitab2-nya

Malah kita dapati Imam an-Nawawi, Imam al-Qurthubi dan Imam Ibn Kathir tidak menolak atau mencacatkannya apabila mensyarahkan hadith ini (yakni bersetuju dgn derajatnya yang shahih).

Telah berkata Imam an-Nawawi di dalam Syarahnya terhadap hadith ini:

“ .. siapa yang meninggal dunia dalam zaman fatrah di atas apa yang diamalkan orang Arab dari penyembahan berhala, maka dia di dalam neraka.”

Maka, kita dapati Muhammad Mazdiuky Md Ishak telah menggelar kesemua imam-imam Ahlussunnah ini sebagai Khawarij dengan cemuhan yg tidak berlandaskan ilmu, malah tanpa sebarang kajian yang terperinci.

Tidak akan kita dapati sebarang imam-imam hadith muttaqadimien yang mencacatkan atau menolak hadith Imam Muslim ini, kecuali dari golongan Syi’ah yang juga menganggap Abu Talib sebagai seorang yang mati dalam Islam.

Wallahu waliyyut taufiq.
Advertisements
This entry was posted in khilaf and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s