Mengapa perlu usrah?


“Buat apa pergi usrah? Dapat apa?”
“Usrah online? Saya biasa dengan yang real je. Online nie tak berapa efektif.”

Begitulah antara dialog usrah di US. Saya yakin di tempat lain juga ada yang sebegini. Namun apa beza dengan mendengar ceramah di internet atau menghadiri kelas agama? Tidak cukupkah? Perlu sangatkan usrah tersebut? Apatah lagi bagi pelajar yang sudah sampai ke US. Bukankah boleh ditelaah sendiri bahan agama tersebut?

Tajuk ini ialah tajuk pertama dalam web ini. Saya cuba bawakan kerana bukanlah istilah ‘usrah’ yang penting. Bukan duduk berlima atau berenam yang penting. Yang lebih penting memahami asas usrah dan mengapa ia perlu dilaksanakan. Setelah faham, anda bisa menilai.

Usrah bermaksud keluarga. Dalam bahasa Arab, ia diterjemahkan sebagai جنة (junnah) yang bermaksud perisai atau keluarga. Apa kaitan keluarga dan perisai? Keluarga merupakan perisai fizikal, intelek, emosi dan spirituil. Empat elemen ini perlu dijaga baik-baik agar tidak tersasar dari jalan kebenaran.

Perisai fizikal

Kalau keluarga biasa, si ayah akan memberi belanja untuk ke sekolah atau kalau anda ingin beli sesuatu. Ada nilai fizikal di situ dari aspek kewangan.

Kalau kita bergaduh dengan kawan semasa kecil dahulu, si abang atau ayah diyakini boleh membantu. Sebagai perisai.

Perisai intelek

Ahli keluarga boleh menjadi tempat sumber ilmu. Kecil-kecil dahulu, dari mana kita belajar membaca, berjalan, makan dan pelbagai kemahiran lain? Sudah tentu ia rapat dengan penjaga anda. Intelek bukan sahaja pada ilmu dalam kepala, tetapi kemahiran-kemahiran seperti menulis, mengira, membaca dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan otak.

Perisai emosi

Sebagaimana dijelaskan di atas, kalau emosi kita terganggu, keluarga adalah tempat rujukan. Tidak disangkal dewasa ini, ramai di kalangan remaja merujuk kepada kawannya kalau bermasalah. Namun setelah semua tidak mampu memberi pertolongan, penjaga kita akan menjadi ‘pelindung’ atau pemberi semangat kepada diri kita. Itulah perisai emosi yang ampuh.

Perisai spirituil

Setiap anak Adam dilahirkan dalam keadaan fitrah. Si penjaganya yang akan membentuk dirinya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kalau penjaganya benar-benar menjaga didikan, barulah seseorang itu terjaga dari anasir luar dan mendapat sinar Islam. Bukankah ini menunjukkan si syah atau ibu bertindak menjaga spirituil kita di kala kecil dahulu? Mereka amat penting dalam membina kekuatan spirituil hingga sekarang.

Kalau keluarga asal penting..

Maka itu sebabnya usrah yang melibatkan beberapa orang ahli ini amat penting. Ia bukan sekadar duduk 5,6 orang membincangkan satu dua halaman buku tertentu. Ia adalah perisai untuk membina dan melindungi kita daripada pelbagai bahaya.

Jika anda masih merasakan usrah tidak ke arah itu, atau anda rasa perlu dibaiki, maka perhatikan balik perkara di atas. Usrah amat penting dalam membina ukhuwah persaudaraan yang ditanamkan dengan iman. Iman dan ukhuwah ini perlukan platform melaksanakan aktiviti tarbiah dan dakwah. Ini akan membaiki sistem masyarakat. Inilah peranan usrah.

http://membinalegasi.com/v1/?p=636

  • wafeeqah

    Tidak dinafikan usrah bertujuan untuk memantapkan keempat-empat nilai tersebut. Tetapi misi itu sukar untuk dicapai bilamana naqib/ah tidak pandai menggunakan medium maya secara kreatif dan interaktif. Akhirnya usrah menjadi ‘one way communication’ dan anak2 usrah pula hilang tumpuan. Ada pelbagai cara untuk menjadikan usrah online itu interaktif. Antaranya adalah menggunakan konsep ‘intention getter’, perbanyakkan bertanya soalan dan meminta respon, menggunakan slide power point, selitkan video atau audio2 yang sesuai sebagai selingan, bermain teka teki, game dan sebagainya. Apa yang diperlukan ialah kaedah penyampaian dakwah yang menarik, interaktif, kreatif agar mudah difahami, dihayati dan ditegakkan dalam kehidupan sehari-hari.

  • saya

    family selalu pesan semasa di intec (malah di sekolah menengah juga) , jangan terlalu involve dgn org2 dakwah ini. Tapi hari ini anaknya bukan setakat rasa selamat dgn ‘org2′ dalam bidang ini, malah dah jatuh cinta dgn bidang ini! Alhamdulillah, kefahaman tentang Islam merupakan blessing dari Allah.

  • tanpa nama

    suatu ketika dahulu saya sendiri tidak MEMAHAMI mengapa perlu berusrah, yang saya TAHU usrah ni penting dan bagus untuk perkongsian ilmu dan pengalaman.

    Tapi sekarang alhamdulillah saya sudah MEMAHAMI sedikit sebanyak mengapa perlu berusrah. Usrah merupakan salah satu method yang perlu untuk proses tarbiyah diri. Dan ramai juga orang yang salah anggap bahawa usrah ini adalah perjumpaan sekali seminggu. Pada hakikatnya usrah ini berjalan sepanjang masa, yang perjumpaan sekali seminggu itu kita namakan liqa’.

  • azninabela

    assalamualaikum wrt wbt.,

    artikel ni bagus sebagai bahan usrah/tazkirah untuk ahli2 usrah yang peringkat awal. tak banyak istilah2 yang terlalu tinggi dan cara penyampaian yang digunakan pun guna analogi. ana rasa cara tu lagi berkesan untuk kelompok2 begini sebabnya kelompok2 beginilah audience kita, since diorang majority, dan tak boleh diabaikan.

    Wallahualam

  • deremind

    setuju dengan azninabela.

    even di peringkat yang sudah lama di dalam usrah, perkara ini perlu selalu diingatkan. Kadang2 dah lama dalam institusi usrah, terlupa perkara asas yang penting dalam sebuah keluarga.

    Manusia mudah lupa & leka.. always need to be reminded.

  • Mohon izin utk publish di blog ana.Jzkk.

  • CReaTiVe SiFu

    20 aktiviti & Permainan Percuma Usrah/LDK di creativesifu.blogspot.com

  • hafiz

    salam…
    usrah sgt berguna untuk para remaja..
    membentuk peribadi dan jati diri islamiyah..

 

Advertisements
This entry was posted in usrah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s