Semantik Manja bersama Adik dan Ahli Usrah


Sesuaikah manja? Kita tidak perlu mendengar perkataan orang lain yang menyatakan ‘awak manjakan adik awak sangat’, tetapi kita perlu mengkaji semantik atau makna perkataan manja agar ia tidak terjelma dalam hidup kita sebagai sebagai sesuatu yang negatif.

Adakah manja itu negatif?

Sebahagian menyatakan positif

Kalau ia positif – dikaitkan dengan kasih sayang secukupnya yang dicurahkan kepada adik dan anak usrah, ia bukanlah memanjakan tetapi diistilahkan memberi kasih sayang. Jika seorang ibu merentap tangan anaknya kerana khuatir terjatuh dalam gaung yang besar, ia tidak dinamakan menyakiti atau menzalim. Itu manifestasi kasih sayangnya pada si anak. Yang digelar manja ialah apabila si ibu membiarkan si anak bermain kerana ia menangis ingin bermain di tepi gaung – padahal si anak tidak tahu bahaya gaung tersebut. Si ayah atau ibu yang tahu bahaya dan had dalam kehidupan untuk diajar pada si anak.

Manja dielakkan… Bagaimana?

Sudah pasti ia memerlukan kepada ilmu yang mantap dan kesungguhan untuk menjaga had yang dibenarkan. Ia bukan pilihan tetapi kewajipan. Sebagaimana si ibu yang merentap tangan si anaknya, seseorang pendidik perlu mengehadkan ‘peluang’ dan ‘masa’ yang perlu diberikan kepada seseorang untuk ‘belajar’ tentang kehidupan. Jika selepas beberapa sela masa, seseorang tidak mengambil pengajaran atau diberi peluang untuk belajar, ia akan menyababkan seseorang itu dimanjakan.

Sejauh mana ‘masa’ perlu diberikan kepada seseorang untuk berubah?

Pasti berbeza masa yang diberikan kepada si anak bayi berbanding individu yang sudah berumur. SI anak bayi boleh diberi ruang untuk membuang air dalam seluar sehingga 1 tahun atau 2 tahun. Paling hebat mungkin sekitar 3 atau 4 tahun. Masa ini perlu merujuk kepada sumber ilmu yang menyatakan kebiasaan si anak untuk buang air sendiri di tandas. Ada ibu bapa yang tidak memanjakan anak sehingga si anak mampu buang air seawal 3 atau 4 tahun! Bagaimana caranya? Si ibu atau bapa akan menyiapkan kaedah hingga si anak akan merasakan amat penting untuk membuang air dalam tandas. Ini dapat menjimatkan pampers yang dipakai.

Manakala bagi seorang dewasa yang sihat, berapakah masa yang perlu diberikan? 0! Jika tidak, ia perlu diajar dengan tegas agar ia tidak menjadi amalannya. Ini perkara yang mudah dan senang diikuti logiknya.

Dalam usrah…dalam keluarga

Namun dalam usrah atau keluarga,  kita mempunyai banyak perkara yang ingin disampaikan. Ia perlu berasaskan ilmu dan keutamaan. Kita perlu melihat manakah yang kritikal kepada si anak atau ahli usrah agar ia akan mampu mendidik dirinya menjadi orang yang lebih baik dan soleh. Inilah yang dilaksanakan Rasul. Bagi orang yang mampu dan mempunyai daya keimanan yang kuat, Rasul tidak memanjakan Kaab b Malik kerana tidak mengikuti perang. Rasulullah dan sahabat memulaukannya agar beliau mendapat pengajaran. Ini didikan bagi orang yang kuat.

Bagi orang yang munafik, Rasul tidak melayan pun. Hanya diangguk apa sahaja alasan yang diberi untuk tidak hadir ke medan perang kerana bagi orang begini, memberi perhatian agak membazir masa. Paling kurang,  bahaya mereka tidak mengena kepada orang Islam dan usaha menyekat bahaya mereka dilaksanakan.

Hasilnya? Orang yang dididik dengan tegas, mereka mampu membezakan kebenaran dan kebatilan sebagaimana Kaab b Malik lantas akan menjadi ahli syurga nanti. Bagi orang yang tidak dididik dengan tegas – lantaran ketidakmampuannya atau lebih disebabkan masalah hati yang ada kepada Allah ,  ia akan menyebabkan mereka terus dalam kebatilan dan akan dihumbankan ke dalam neraka.

Bukankah kita perlu merawat hati manusia agar pulih?

Sememangnya kita perlu merawat. Tetapi sebagaimana golongan munafik yang jelas ciri penyakit hatinya, seseorang itu perlu mengelak untuk membuang masa merawat penyakit yang tidak akan sembuh. Penyakit itu tidak akan sembuh bukan kerana tiada ubat, tetapi si pesakit itu sendiri tidak mahu mengambil ubatnya. Ia laksana seorang penghidap diabetes yang tidak mahu dipotong kakinya setelah dinasihatkan doktor. Lantas, jika dia hadir setiap masa minta disembuhkan diabetes dengan ubat selain potong kaki, itu agak mustahil. Maka biarkan sehingga dia sanggup untuk menerima rawatan yang dicadangkan. Pesakit biasanya tidak tahu bagaimana ubatnya. Kalau tahu, pasti dia akan mengubatnya sendiri – potong kaki sendiri!

Kita nak anak atau ahli usrah seperti Kaab b Malik?

Kalau inginkan kualiti anak atau ahli usrah seperti Kaab b Malik, jangan manjakan  mereka. Jika kita melayan sahaja emosi, malah fizikal, intelek dan spiritual, ia akan menyebabkan seseorang itu merasakan diri kita sebagai sumber sehingga tidak mampu bermandiri. Yang pasti, tanpa kemandirian yang utuh, Kaab b Malik tidak akan terhasil di atas alam maya pada ini.

http://membinalegasi.com/v1/?p=3065

Advertisements
This entry was posted in usrah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s