Taalim versus Usrah

Sebelum saya mula menulis topik ni, saya buat ‘research’ dengan pakcik google sikit. Walaupun dah ada basic knowledge nya, tapi saya nak tau apa yang pakcik google tahu. Dan terjumpa satu je post yang betul-betul tulis tajuk di atas. Cuba baca, dan reaksi lepas baca… hurmmm…. *senyum*

InsyaAllah, apa yang akan saya tulis ni akan ‘contradict’ dengan artikal blog tersebut. Dia tak suka usrah wajibnya, tapi suka taalim dengan kawan-kawannya.  ^_^
#### (baca komen saya untuk part ni kat bawah)

Hairan jugak kenapa tak ramai tulis pasal ini. Mungkin ramai yang lebih selesa menggunakan tajuk lebihcatchy seperti ‘Usrah vs UAI’. Pun, bolee… 🙂
Tapi tak pe, antara berani dan tak berapa berani untuk bawak topik serius macam ni, saya beranikan jugak. “Setiap satunya dipertanggungjawabkan ke atas saya”

Topik ini mungkin tak semua orang akan faham. Terutamanya kepada sesiapa yang hanya mengikuti usrah tapi tak pernah hadiri taalim atau pernah hadiri taalim tapi tak pernah hadiri usrah atau kedua-duanya tak pernah. Dan mungkin juga sukar difahami sepenuhnya bagi yang tidak serius dengan kedua-duanya.

Apa itu Usrah? Apa itu Taalim?

Pertama sekali, kena faham apa yang dimaksudkan dengan usrah dan taalim.

Nak senang cerita. Majlis taalim adalah majlis ilmu yang ada penceramah tu. Mungkin ustaz/ustazah atau syeikh atau siapa-siapa yang selayaknya untuk bercakap dan memberi ilmu agama. Contohnya Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Dan usrah (yang sebenar) adalah merupakan salah satu wasilah (cara) tarbiyah. Dan apa pulak tarbiyah tu? Tarbiyah adalah pendidikan. Ianya satu proses yang bersifat mengubah. Dan untuk memendekkan cerita, taalim itu adalah salah satu cabang tarbiyah.

Formula 3t = T

tazkiyah + tilawah + taalim = Tarbiyah

Istilah

Dan usrah ni kadang-kadang istilah yang dah diguna pakai dalam konsep yang pelbagai. Yang pasti yang saya nampak ‘usrah sekolah’ tu tak sama dengan usrah yang menjadi salah satu wasilah tarbiyah tu. Mungkin kita patut tukar declare kita.

Daripada mengatakan ‘Saya Masuk Usrah’, tukar kepada ‘Saya masuk Tarbiyah Islamiyyah’ !

#### komen untuk atas
Saya rasa cik penulis tersebut maksudkan ‘taalimnya’ sebagai usrah yang sebenar dan ‘usrahnya’ itu adalah usrah sekolah yang bosan dan wajib, semua datang tapi muka semua macam nak telan orang roti kering.

Tak kisah la nak guna istilah apa pun untuk mewakili perkataan usrah wasilah tarbiyah tersebut. Islamic circle, atau halaqah atau bulatan gembira, heksagon gembira pun boleh. Tapi yang pasti sistemnya mestilah sistem pentarbiyahan.

Usrah Sebenar

Izinkan saya untuk zoom in kepada usrah yang sebenar tu. Untuk mengetahui seluruh cerita tentang usrah, sahabat kena dengar pengisian tentang Sejarah Usrah (selalunya disampaikan dalam daurah). Siapa yang wujudkan usrah? Ianya sistem atau program? Apa bezanya? Kenapa guna perkataan usrah? Apa kaitannya dengan tarbiyah? Dan adakah berkait jugak dengan dakwah? Mungkin kot ea ^_~

Saya tak mampu nak terangkan dan sampaikan di sini.

Tapi apa yang saya boleh sentuh adalah kepentingan untuk kita istiqamah dalam sistem usrah yang sebenar tu. Saya tahu ramai yang ‘allergik’ dengan usrah. Tak suka usrah. Anti budak-budak usrah. Kalau ada yang join, nak lari dari usrah sebab tak best (yang ni mungkin ada isu lain la, mungkin rukun usrah itu ditinggalkan).

Bersyukurlah andai Allah izinkan kita untuk merasai nikmat ketenangan berdamping dengan roh usrah tersebut. Seriously, bersyukurlah. Pernah tak kita sujud syukur sekurang-kurangnya sekali kerana bertemu dengan usrah itu? Tak kisahla dengan macam mana cara sekali pun kita boleh ter join usrah pada asalnya. Yang pasti kita telah pun berada dalam usrah dan merasai nikmat-nikmatnya.

Bagi yang belum dan rasa tak yakin dengan usrah yang diikutinya… hurmm… nasihat saya yang hina ni.. teruskan mencari… teruskan dan teruskan…. moga Allah izinkan roh-roh kita berada bersama di bawah naungan tarbiyah islamiyyah, walau di mana kita berada.

Yang mana satu?

Jadinya, yang mana satu lebih penting? Usrah atau taalim.
Bagi yang betul-betul faham dan yakin dengan tarbiyah islamiyyah akan tahu jawapannya.

Tapi secara general nak bagitahu yang usrah tu salah satu wasilah tarbiyah yang terpenting. Dan ianya bersifat mengubah. Bezanya dengan taalim banyak. Dalam sistem usrah (bukan sekadar program), kita akan ada naqib/naqibah yang akan follow up dan jaga tarbiyah kita. Dan naqib/naqibah kita tu jugak ada naqib/naqibah dia. Dan dia jugak ada ahli-ahli usrah dia. So, kita ada mak, mak-mak sedara, nenek dan juga atas-atas lagi. Dan bawah-bawah jugak, InsyaAllah kalau kita terus istiqamah dan terus ‘membesar dengan sihat’.

Kalau taalim, mudah je. Pergi, dengar, balik. Samada kita faham atau tak, tuan penceramah tak akan follow up.

Satu lagi jugak beza penting, sistem usrah ni sistem yang mendidik jiwa, dan bukan sekadar program keagamaan untuk menambah ilmu. Melalui sistem usrah ni, kita nak tambah amal, tapi bukan amal kering. Kita nak tambah amal yang dari perasaan.

Sebab itu, perasaan atau perubahan atau kesan tarbiyah melalui usrah tu berbeza. Tak payah cakap setahun, beberapa bulan pun, kesannya dah nampak. Hati makin basah. Perubahan fizikal, bergantung kepada individu. Yang penting hati. Tapi kesan majlis taalim? Hurmm, cuba fikir berapa banyak dah ceramah agama yang kita pergi? Ilmu bertambah, tapi amalnya?

Bukanlah nak kata semua orang yang sertai usrah akan berubah. Ada macam-macam ragam. Dan itu bukan silap sistem usrah atau tarbiyah tu. Tapi silap dan disandarkan atas kelemahan pembawa atau pengendali sistem usrah tersebut. Bukan mudah kerana ini soal penting. Soal agama Allah. Allah juga akan sentiasa menapis pembawa-pembawa risalahnya, samada benar-benar ikhlas atau tak. Ujian-ujian itu tidak diatur atau direka oleh murabbi kita, tapi Allah yang susun dan rangka. Sebab Allah nak orang-orang yang benar-benar ada kualiti yang Dia mahu untuk membawa risalahNya.

Tapi tak bermakna kalau kita yakin dengan usrah, kita kena tinggal majlis taalim. Pergilah, dengan keyakinan bahawa majlis taalim tersebut membantu untuk kelangsungan tarbiyah kita. Dari segi priority, bergantung kepada tahap pemahaman dan keyakinan serta keseriusan masing-masing. Bila ada kefahaman dengan hati, kita akan tahu untuk memilihnya.
# saya sendiri pun suka je dengar UAI dan ustaz/ustazah lain kat youtube #

———————————

Tarbiyah ini berkait rapat dengan hati, soul, roh. Dalam semua aspek. Sebab tu kot ea, ujian-ujian tapisan yang Allah bagi pun kebanyakannya berkaitan dengan hati, supaya lembut dan kuat. Supaya lembut dalam sesetengah hal dan kuat dalam sesetengah hal lain. Soft but firm.

Mungkin tak semua dapat faham ni, mungkin mengambil masa. Ianya proses. Nanti sedar tak sedar kita akan faham ini. Semakin baik dan semakin baik. Dengan izinNya, InsyaAllah ^_^

“Tarbiyah mungkin bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah”







11:07pm, 28 Jun 2012
BF, Brisbane

http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2012/06/taalim-versus-usrah.html

Advertisements
This entry was posted in usrah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s