Video: Johor for Jesus, Take possession of the land (Johor Bahru)

johor for jesus 2
BANGI, Isnin – “Johor for Jesus (Johor untuk Jesus), Take possession of the land (Johor Bahru) (Ambil hak milik tanah Johor Bahru), Johor never be the same (Johor tidak akan sama seperti yang dahulu)”.

Ini adalah antara kenyataan ‘panas’ yang disiarkan dalam video trailer persidangan agama Kristian “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” akan berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, 3 hingga 5 Jun ini.

Video yang tersebar di internet ini boleh ditonton pada tiga pautan di youtube, namun dua daripadanya telah ditarik balik.take possession of the land

Dalam video itu juga, kelihatan pengacara dan beberapa individu melaungkan ungkapan seperti berikut:
“I’m waking up the giant of asia Malaysian Church”, “Give me johor baru or i die”, “There will be revivalists appear in Johor Bahru” dan “Allow me to chase away the enemy in the city”.

Program dua hari itu mirip konsert besar-besaran itu, dianjurkan kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “Movement for Jesus” atau singkatannya M4J.

johor never be the same

Festival itu bakal dikendalikan oleh barisan paderi Rev Philip Mantofa (Indonesia), Rev Ewen Chow (Taiwan), Rev Sumiati Supit (Indonesia), Rev Jonathan Loh (Malaysia) and Rev Wong Chee Meng (Malaysia).

Program itu juga akan dikendalikan secara dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga Cina.

Carian Ismaweb mendapati, kumpulan itu giat melakukan promosi melalui laman sosial facebook di akaun https://www.facebook.com/pages/MforJ-REVIVAL-MOVEMENT/393685334035059.

poster dua dua

Advertisements
This entry was posted in kristianisasi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s