Program ‘Johor for Jesus’ berunsur provokasi, cabar perlembagaan

Program ‘Johor for Jesus’ berunsur provokasi, cabar perlembagaan

Hj Mohd Tahir YDP ISMAj
Oleh Azri El

BANGI, Selasa – Penganjuran program “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference & Festival Of God’s Power” dengan salah satu slogannya “Johor for Jesus” adalah bertentangan dengan perlembagaan negara.

Yang Dipertua ISMA Cawangan Johor, Mohd Tahir Hamdan, berkata Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia secara jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan.

Selain itu, Perkara 11 (4), di bawah Undang-undang Negeri dan Wilayah pula menyatakan larangan pengembangan dan penyebaran agama lain terhadap orang Islam.

“Kita perlu memandang serius program ini. Melihat kepada video promosi iklan tersebut, sangat jelas ia mengandungi unsur-unsur provokatif.

“Ini pada kita yang boleh membahayakan keselamatan negara,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya ada menghubungi pihak berkuasa agama negeri, dan meminta perkara ini diambil perhatian serius.

Ismaweb semalam mendedahkan pergerakan Movement for Jesus (MforJ) akan menganjurkan persidangan Kristian atas nama “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, pada 3 hingga 5 Jun ini.

Turut didedahkan tiga klip video trailer “MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” untuk program itu, yang dimuat naik di laman perkongsian Youtube.

Video yang berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan ucapan barisan paderi Kristian yang berbaur provokasi dan penghinaan kepada agama Islam sebagai agama rasmi negeri Johor, seperti; ” I’m waking up the giant of asia Malaysian Church “, ” Give me Johor Bahru or I Die ” dan ” Allow me to chase away the enemy in the city “.

Selain itu, klip video itu juga memaparkan kenyataan; “Johor for Jesus”, “Take possession of the land (Johor Bahru)” dan “Johor never be the same”.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas berita itu disiarkan, kesemua video tersebut telah dipadam oleh pemilik akaunnya.

Entri berita yang mempromosikan persidangan itu di laman web http://www.christianitymalaysia.com juga didapati telah dipadam.

ismaweb.net

Advertisements
This entry was posted in ancaman and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s