Sizwazah dinafi kerja kerana beragama Islam dapat tawaran baharu

Job-applicant_380211
MUMBAI, Isnin – Selepas ditolak permohonan kerja kerana beragama Islam bulan lalu, Zeeshan Khan, 23, kini diterima bekerja di sebuah syarikat infrastruktur terbesar di India, Gautam Adani Group yang berpangkalan di Ahmedabad.

“Kami mengutamakan bakat tanpa mengira kasta, kepercayaan dan agama. Kami mendapati Zeeshan calon yang berwibawa dengan sesuai dengan kerja yang telah ditawarkan, “kata seorang jurucakap syarikat tersebut.

Ismaweb sebelum ini melaporkan, Zeeshan, yang memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), dinafikan hak untuk bekerja di sebuah syarikat pengeksport barang kemas, hanya kerana beliau beragama Islam.

Syarikat itu, Hari Krishna Exports Pvt Ltd hanya dalam jawapannya kepada Zeeshan memberitahu pihak mereka hanya menerima pekerja bukan Islam.

Syarikat itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai sebagai melakukan “diskriminasi agama”, selepas Zeeshan memuat naik emel jawapan itu ke laman akaun facebook beliau, sehingga memaksa syarikat tersebut membuat penafian.

Kes tersebut juga turut diadu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Kebangsaan India untuk kaum Minoriti (NCM), oleh seorang peguam, Shehzad Poonawalla.

Menurut Zeeshan, selepas insiden itu, beliau menerima puluhan tawaran kerja sejak minggu lalu.

“Saya menerima kira-kira sedozen tawaran berikut diskriminasi agama yang saya terpaksa hadapi. Peti surat saya dibanjiri dengan mesej memberi semangat kepada saya, “katanya.

“Antara semua tawaran saya, ini adalah yang terbaik,” katanya merujuk kepada tawaran daripada syarikat Gautam Adani Group.

Seramai 180 juta daripada 1.1 bilion orang India terdiri daripada orang Islam, penduduk ketiga terbesar di dunia Islam selepas orang-orang Indonesia dan Pakistan.

Artikel berkaitan: Kerana beragama Islam siswazah dinafikan kerja

ismaweb

Advertisements
This entry was posted in ancaman and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s