Ultra kiasu seperti Hitler apabila serang PAS

RIDU-TEE
Oleh Razali bin Zakaria

BANGI, Isnin – Ultra kiasu dalam parti rasis DAP dan beberapa pemimpin PAS disifatkan seperti bekas pemimpin Nazi, Hitler, apabila melakukan serangan terancang dan sistematik terhadap kepemimpinan ulama, khususnya Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Puak-puak itu akan menggunakan apa saja cara supaya mangsa mereka akan kelihatan buruk pada pandangan pihak lain, tetapi pada masa sama akan berdiam diri jika timbul isu yang membabitkan kepentingan mereka seperti isu arak, judi, kelab hiburan, zina dan pelacuran.

Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, berkata ultra kiasu kini menggunakan perang saraf (psywar) dan gerak saraf (psyop), taktik yang pernah digunakan oleh Hitler dan Tsun Tzu untuk menjatuhkan pemimpin atau kelompok tertentu.

“Capture their minds and their hearts and souls will follow. Inilah strategi ultra kiasu untuk mendapat kuasa,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Tulisan beliau hari ini dipercayai merujuk kepada serangan bertali arus oleh puak-puak rasis DAP, terutama Lim Guan Eng serta ‘rakan karib’ mereka yang terdiri daripada beberapa kerat pemimpin PAS yang kini secara terbuka telah mengisytiharkan penentangan terhadap kepemimpinan Abdul Hadi.

Puak-puak ini dilihat berselang seli melakukan serangan dipercayai dalam usaha akhir mereka mempengaruhi perwakilan pada Muktamar Agung PAS hujung minggu ini supaya melakukan perubahan dengan memilih pemimpin yang boleh ‘dicucuk hidung’.

Dalam usaha menjatuhkan Abdul Hadi daripada menerajui PAS, DAP sebelum ini telah memutuskan hubungan dengan beliau, tetapi tidak dengan parti itu.

Parti rasis itu juga bekerjasama rapat dengan beberapa pemimpin PAS lain yang rapat dengan mereka seperti Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau ‘Mat Sabu’, untuk mengubah kepemimpinan parti Islam itu.teks ismaweb tee 2

Ustaz Ridhuan berkata, ultra kiasu bukan saja menggunakan dua strategik itu untuk berperang dengan Putrajaya, sebaliknya digunakan juga terhadap PAS.

“Mereka akan gunakan apa jua cara, supaya kerajaan nampak buruk. Nak tunjuk ikhlas konon. Bila ada isu yang merugikan mereka cepat-cepat beri alasan.

“Misalnya, cadangan penempatan pelarian Rohingya di Pulau Pinang. Mendengar sahaja cadangan tersebut, dengan pantas mereka menolak, di pulau tidak sesuai tetapi di Tanah Besar.

“Isu-isu lain yang melibatkan kepentingan mereka akan disenyapkan seperti isu arak, judi, kelab hiburan, zina, pelacuran dan lain-lain.

“Kita lihat apa yang mereka lakukan terhadap PAS. Mereka menggunakan Islam yang diperjuangkan PAS untuk menentang dan menjatuhkan pemimpin PAS, Haji Hadi,” katanya.

Ustaz Ridhuan secara tidak langsung berpendapat pemimpin ultra kiasu khususnya DAP bimbang dengan kepemimpinan ulama dalam PAS yang meletakkan agenda Islam melebihi pakatan rakyat (PR).

Malah, beliau berkata, adalah tidak salah jika PAS mungkir janji terhadap PR atau DAP jika berlaku ancaman yang memudaratkan Islam.

Membidas ultra kiasu yang sering mungkir janji dengan merobek kontrak sosial dan Perlembagaan, Ustaz Ridhuan berkata:

“Apakah ultra kiasu tidak mungkir janji dengan merobek kontrak sosial dan perlembagaan? Mempertikaikan perkara sensitif, apabila kerakyatan telah diberikan?

“Ultra kiasu mempertikaikan, kenapa Haji Hadi tidak marah kepada orang lain yang turut menentang hudud? Kenapa sasarkan ultra kiasu sahaja? Jawapannya, sebab ultra kiasu musuh tegar Islam. Setelah diberi penerangan, masih tegar menentang Islam.”

Beliau berkata, PAS menggunakan pendekatan berhemah seperti yang dikehendaki Islam kerana mengambil kira syurga dan neraka dalam tindakan mereka.

“Berbanding ultra kiasu yang melanggar kesemuanya. Apa yang penting adalah matlamat menumbangkan Putrajaya. Inilah kelicikan,” katanya.

Advertisements
This entry was posted in ancaman and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s