5 Tips Pengurusan Masa Untuk Muslim

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dalam kebenaran, dan berpesan-pesan dalam kesabaran.” (Surah al-Asr, 103 : 1-3)

Bayangkan anda sedang memulakan hari kerja anda. Anda duduk di hadapan komputer untuk memulakan projek yang anda sudahpun ketinggalan beberapa hari. Tiba-tiba telefon anda berdering. Anda berbual dengan sahabat sekerja anda selama 20 minit mengenai satu acara yang anda sedang merancang untuk hujung minggu. Selepas anda meletakkan gagang, anda menyemak pula status Facebook anda, respon kepada beberapa e-mel, dan terus menuju ke bilik rehat untuk menikmati snek. Tanpa anda sedari, dua jam sudah berlalu dan anda masih belum berbuat apa-apa kerja untuk projek anda. Dan sekarang anda mendapati kerja yang anda perlu selesaikan semakin bertimbun selain projek anda, dan anda hampir tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkannya. Adakah perkara seperti ini biasa berlaku kepada anda? Kalau ya, anda sangat memerlukan perubahan dalam pengurusan masa anda.

Perkara pertama yang anda harus berikan perhatian ialah : anda harus menguruskan masa anda. Masa sentiasa bergerak maju walau apa pun yang anda lakukan. Anda diberikan 24 jam, 1440 minit atau 86400 saat setiap hari untuk anda gunakan mengikut kehendak anda. Jika kita katakan ‘menguruskan masa’, ia menunjukkan bahawa anda boleh mengawal masa anda. Walaupun kita tidak boleh mengawal jumlah masa dalam sehari, namun, kita boleh mengawal apa yang kita lakukan dalam tempoh 24 jam yang diberikan -insha Allah.

Charles Bruxton pernah berkata, “Anda tidak akan mendapati masa untuk apa-apa pun. Jika anda inginkan masa, anda mestilah wujudkannya.” Tips ini dirangka dengan harapan anda mampu untuk mengadakan masa untuk diri anda. Terpulang kepada anda jika anda memilih untuk menggunakan masa anda untuk menyiapkan kerja, meluangkan masa bersama keluarga, ataupun membaca buku sambil berbaring di atas buaian.

Di sini dikongsikan lima tips untuk membantu anda menggunakan masa anda dengan bijak, menjadi lebih produktif dan dengan itu, berasa lebih gembira dan kurang tertekan sebagai Muslim.

1. Ketahui ke mana masa anda bergerak. Jika anda ingin mengurangkan masa yang terbuang begitu sahaja, anda harus mencari di mana punca masalahnya. Cara yang paling mudah adaalah dengan duduk dengan pen dan kertas di tangan, dan merangka aktiviti harian anda. Anda mempunyai 24 jam ; tuliskan bagaimana anda rasa anda menghabiskannya. Untuk lakukannya dengan cara yang paling mudah, lukis satu carta yang ringkas yang menunjukkan jumlah masa yang anda peruntukkan untuk aktiviti-aktiviti anda. Contoh carta harian yang biasa akan kelihatan seperti ini :

Tidur : 8 jam
Makan (termasuk penyediaan) : 2 jam
Kerja : 8 jam
Perjalanan : 1 jam
Solat : 1 jam
Senaman : 1 jam
Mandi dan memakai pakaian : 1 jam
Lain-lain : 3 jam
Jumlah : 24 jam

Jumlah masa yang anda peruntukkan untuk setiap aktiviti berbeza mengikut jadual peribadi dan keutamaan anda. Oleh sebab anda sekarang sudah mendapat gambaran mengenai ke mana masa anda dihabiskan, mari kita kaji hal ini dari sudut yang lebih spesifik. Anda perlu catatkan ke mana masa anda dihabiskan.

Contohnya, anda tahu anda habiskan 8 jam di tempat kerja, tetapi anda gagal menyiapkan semua kerja. Kenapa? Bawa buku nota ke pejabat, dan catatkan segala yang anda lakukan dan berapa lama masa anda ambil untuk melakukannya. Catatkan setiap sesi minum kopi, semakan Facebook, perbincangan mengenai penyejuk air dan projek-projek. Di penghujung hari, anda mungkin akan terkejut kerana mengetahui berapa banyak masa yang anda habiskan atas perkara-perkara yang tidak penting, kerana anda mudah terganggu.

“Ada dua kurniaan yang memperdaya ramai manusia : Nikmat kesihatan dan masa lapang.” (Bukhari 8/421)




2. Tetapkan tujuan : Apakah matlamat mutakhir anda? Sebagai Muslim, segala yang kita lakukan kerana Allah s.w.t. dianggap sebagai ibadah. Adakah anda inginkan lebih masa untuk berehat atau meluangkannya bersama keluarga tanpa rasa bersalah? Anda mungkin bekerja dari rumah dan anda mahukan lebih banyak kerja disiapkan untuk meningkatkan pendapatan anda, jadi anda perlulah menjadi lebih produktif. Walau apa jua tujuan anda, mempelajari cara-cara menguruskan masa dengan lebih cekap adalah sangat berguna. Anda hendaklah mencatatkan tujuan anda di atas sehelai kertas, dan letakkannya di mana anda boleh melihatnya. Apabila anda berasa terganggu, renungilah tujuan anda dan ingatkan diri anda agar fokus. Jika anda ingin memasukkan pembacaan al-Quran dalam aktiviti harian anda tetapi anda sudah kehabisan masa untuknya, mungkin anda boleh memasukkannya dalam 30 minit semasa anda memandu ke tempat kerja, dan 30 minit tatkala anda memandu pulang ke rumah, insha Allah.

Mewujudkan matlamat boleh menjadi cara yang berkesan untuk memastikan anda konsisten dalam sesuatu kerja. Apabila kita berterusan bermuhasabah bahawa kita perlu melakukan perubahan, kita akan cenderung untuk tetap dalam rancangan kita.

Pada masa yang sama, anda boleh wujudkan matlamat pengurusan masa yang spesifik. Umpamanya, tetapkan bahawa anda akan menyemak akaun twitter anda selepas anda sudah menyelesaikan sesuatu projek ataupun sesudah mejalankan kerja dalam sesuatu tempoh masa. Hadiahi diri anda selepas anda mencapai sesuatu tujuan, insha Allah.

3. Mulakan segalanya dengan lafaz Bismillah, dan mulakan dan akhiri hari anda dengan suatu rancangan : Ambil 20 hingga 30 minit setiap pagi untuk tuliskan apa yang anda perlu lakukan pada hari tersebut. Senarai aktiviti yang anda buat haruslah mengikut keutamaan. Dengan membuat senarai untuk semua perkara yang anda perlu lakukan pada awal pagi, anda menetapkan perjalanan minda anda. Di penghujung hari, ambil apa-apa yang anda tinggalkan dan tuliskannya dalam senarai aktiviti anda untuk hari esoknya. Setiap pagi anda perlu memasukkan dalam senarai anda aktiviti yang anda gagal lakukan pada hari sebelumnya. Kalau boleh letakkan aktiviti yang gagal dilakukan ini di atas senarai tersebut agar anda tidak mempunyai senarai kecil yang sentiasa mengikuti anda dari minggu ke minggu..

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda :

“Berwaspadalah terhadap lima perkara sebelum lima perkara : Waktu muda sebelum usia tua, masa sihat sebelum sakit, kekayaan sebelum kemiskinan, waktu lapang sebelum waktu sempit dan hidup sebelum mati.” (Riwayat Tirmidzi)

4. Susun aktiviti anda mengikut keutamaan : Senaraikan enam perkara yang paling utama yang anda perlu selesaikan pada hari tersebut. Bagi sesetengah orang, jika jumlah aktiviti mereka melebihi enam, mereka akan berasa terbeban. Susunkan aktiviti anda dalam senarai itu daripada yang paling utama kepada yang kurang penting. Setelah anda selesaikan sesuatu perkara, teruskan kepada perkara yang seterusnya sehinggalah anda habiskan kesemuanya. Anda mungkin mampu atau tidak mampu untuk menyelesaikan semua perkara dalam senarai anda. Jika anda gagal menyelesaikan kesemua enam perkara, bawa perkara yang gagal dilaksanakan itu ke hari yang seterusnya dan catatkannya mengikut susunan.

5. Jadualkan penghantaran e-mel dan panggilan telefon : Tetapkan had masa untuk projek yang anda sedang usahakan dan peruntukkan jumlah masa yang spesifik untuk melakukan kerja-kerja kecil, seperti menyemak e-mel atau menjawab panggilan telefon. Menyemak e-mel anda setiap lima minit dan menjawab panggilan telefon setiap kali ia berdering boleh memakan masa anda. Abaikan telefon anda dan panggil semula orang yang panggilannya tidak dijawab itu kemudian, melainkan jika anda sedang menunggu panggilan yang sangat penting untuk projek anda.

Perkara yang paling penting untuk diingati adalah andalah yang menentukan apa yang anda lakukan dengan masa anda. Anda perlu memilih apa yang paling penting, dan perkara itu bukan seharusnya pekerjaan anda. Bagi saya dan keluarga saya, perkara yang paling penting ialah ibadah dan mengingati Allah dalam segala yang kami lakukan, insha Allah.

Menurut John Hall Gladstone : “Untuk memahami hidup seseorang, kita perlu bukan sahaja mengetahui apa yang dia lakukan, malah kita mestilah mengambil kira perkara yang dia sengaja tinggalkan. Terdapat had dalam jumlah kerja yang dilakukan oleh tubuh seseorang atau otaknya, dan dia ialah seorang yang tidak membazirkan tenaga untuk perkara yang tidak sesuai untuknya. Dan dia masih seorang yang bijak, dan memilih serta teguh untuk mengikuti perkara terbaik yang dia boleh ikuti daripada perkara-perkara lain yang dia boleh lakukan. Saya berdoa agar artikel ini bermanfaat bagi anda, dan agar anda, insha Allah, mengamalkannya dalam hidup anda.

*Artikel ini dicedok dan diterjemahkan daripada artikel ‘5 Time Management Tips For Muslims‘ oleh Zohra Sarwari

Advertisements
This entry was posted in masa, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s