Membazir waktu

Re: Hukum membazir waktu

:salam

Menghabiskan masa pada tempat yg sepatutnya adalah salah satu tanda kesempurnaan. Sekiranya membazir masa, kurang adab namanya.

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Salah satu kesempurnaan islam pada seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara2 yang tidak perlu baginya.” (Hadith hassan riwayat At-Tirmizi)

Ibn Rajab Rh berkata bahawa hadith ini adalah asas adab, pergaulan dan etika dlm islam.

Imam Ibn Al-Arabi berkata bahawa seorang muslim hanya perlu melakukan perkara yg perlu sahaja, tidak perlu melibatkan diri dalam perkara yg tidak memberi manfaat.

Syeikh Jamaluddin Zarabozo menekankan bahawa agama Islam melindungi masyarakat keseluruhannya daripada sebarang mudarat. Mudarat yang berlaku kini kerana manusia suka melibatkan diri dalam perkara yg tidak ada kaitan dgn mereka atau dia tidak mempunyai hak atau tanggungjawab ke atas sesuatu perkara. Perbuatan seumpama ini selalunya akan membawa kpd keburukan dlm masyarakat. Dia juga menekankan seorang muslim mesti melatih diri mereka utk melibatkan diri dalam perkara yg berfaedah utk membentuk jati diri yg baik. Jgn menghabiskan masa, duit dan usahaa di atas perkara yg tidak memberi manfaat dlm hidup ini mahupun hari kemudian.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di tanganKu” (Hadith Sahih Muslim)

Wallahua’lam.

Re: SJ – 2986: [Z] Hukum membazir waktu

a. Dalil pemborosan harta: ” Sesungguhnya pemboros2 itu adalah saudara syaitan.” AQ 17: 27

b. Dalil pembaziran waktu: ” Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian.” AQ 103: 1-2

http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-2986-z-hukum-membazir-waktu

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized, waktu and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s