PENGALAMAN TARBAWI

TAKDE NAK BUAT APA..DATANG JE LA..

Dalam satu program dakwah dan tarbiyah yang dihadiri pelajar lama dan baru, sebelum memulakan program, masing-masing diminta untuk ta’ruf dan menceritakan bagaimana boleh sampai ke program ini.  Masing-masing bercerita, dengan pelbagai keadaan yang dialami sebelum datang.

 

  • Sebab kawan ajak, so..takde buat apa..datanglah
  • Sebenarnya kurang sihat, tapi gagahkan hadir juga
  • Mak suruh balik, tapi pujuk mak
  • Duduk bilik sorang-sorang..sunyi juga, so datang je
  • Banyak assingment sebenarnya, tapi insyaallah Allah permudahkan
  • Taknak datang asalnya, tapi kawan ajak.

 

Agak-agak sama tak pahala masing-masing? Tentu tidak kan. Allah Maha Adil.  Kalau kitalah sebagai pemberi markah, berapa markah yang nak diberi kepada setiap peserta?.

 

Andaikan kita buat majlis, kemudian kita ajak kawan-kawan di atas untuk hadir sama-sama meraikan.  Kalaulah kita tahu keadaan-keadaan masing-masing  sebelum  datang ke majlis kita, apa perasaan kita.  Mestilah  kita memberi ‘rate’ yang berbeza bergantuung kepada kesungguhan mereka datang.  Tentulah yang memang berniat nak datang dan berusaha datang walaupun banyak halangan lebih kita hargai daripada yang asalnya tak mahu datang pun tetapi hanya kerana terpaksa atau sebab lain.

 

Begitulah penilaian Allah terhadap amalan kita, semakin susah kita buat sesuatu kerana Allah,semakin tinggi pahala yang akan diperolehi.

 

Ini disokong oleh  hadits dari  ‘Aisyah, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَلَكِنَّهَا عَلَى قَدْرِ نَصَبِكِ

“Akan tetapi, pahalanya tergantung pada usaha yang dikorbankan.” (HR. Muslim, no. 1211).

 

Oleh itu, bergembiralah mereka yang lebih besar ujiannya untuk beramal dan taat ,kerana Allah tidak akan persiakan jerih payah anda .  Semakin tinggi mujahadah anda  sudah tentu nilaiannya lebih besar di sisi Allah. Oleh itu bertabahlah, tingkatkan mujahadah.

 

Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk sentiasa memperbaharui niat kita semata-mata kerana Allah dalam beramal apa sahaja bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali .  Dan semoga kita  sentiasa berlumba-lumba dalam membuat amal sholeh.