Perlu ke nak bangun tahajjud?

Assalamualaikum.

Aku bukanlah budak IIUM, tapi nak confess juga.

Dulu aku pernah adore dengan seorang akak pengawas, masa sekolah menengah. Aku kagum dengan dia macam mana dia boleh hebat dalam belajar, menjaga batas pergaulan dengan ajnabi, sertai macam-macam pertandingan, dengan urusan pengawas lagi. Sampai terdetik dalam hati, “Akak ni takpenat ke takda rasa sedih down tiba-tiba ke?”.

Satu hari aku tanya dia apa rahsia akak, apa yang menjadi sumber kekuatan dia. Aku siap tanya mak ke yang selalu bagi dorongan? Aku jenis talkative, sebab tu tanya soalan berdas-das.

Jawapan akak tu paling aku macam taktahu nak bagi reaksi wow ke, tersentak ke, nak menangis ke.

“Akak amalkan solat tahajjud, sebab dengan tahajjud yang istiqamah itu akak dapat kekuatan bahawa setiap yang terjadi tu atas kekuasaan Allah”.

Mesti korang terlintas, “Lepastu mesti penulis ni terus buat tahajjud dan capai kejayaan”.
Hmm clichenya. Aip, manada macamtu.

Aku takterus buat pun. Aku ambil masa setahun juga nak hadam berkenaan kehebatan tahajud. Masa SPM pun aku abaikan je. Aku belajar macam biasa, hidup macam biasa, result pun luar biasa sampai ada D. Kau kalau jadi budak aliran sains tulen agama lepastu dapat gred D subjek Sains memang malulah.

Alhamdulillah, Allah masih bagi rezeki untuk aku sambung belajar di IPTA.
Aku tekad semester satu ni aku nak maintainkan solat tahajjud aku. Aku nak tengok kesannya.

Tak dinafikan weh, sepanjang aku istiqamahkan solat tahajjud aku tu macam-macam miracle jadi. Memang taksemuanya indah belaka. Tapi aku dapat rasa macam ada super power yang menyebabkan aku terlebih sabar dan rasional dalam setiap tindakan.

Alhamdulillah, mula-mulanya presentation aku okay dan pensyarah puji. Aku mantapkan lagi dengan istiqamahkan solat dhuha at least dua kali seminggu dan puasa sunat. Aku terasa makin rajin nak buat assignment dan ulangkaji pelajaran tanpa rasa terbeban dan susah. Kawan-kawan pun rajin je nak membantu.

Kawan-kawan pun aku okay, maksudnya relationship aku dengan diorang blink blink gitu. At the end of the semester alhamdulillah aku menerima anugerah dekan dengan pointer 3.90.

Namun bila mula semester ke-3 aku mula goyah. Aku jarang solat tahajjud sebab tidur terlajak, solat dhuha pun kemana, puasa apetah lagi. Bila hablumminallah kau tak elok, dia akan effect dekat habluminannas kau. Ini serius.

Semester 3 aku takrajin dah. Nota pun buat takbuat, assignment paling last minit, presentation banyak salah, dengan kawan-kawan pun sempat gaduh masam muka buat orang terasa, etc. End up, dekan pun tidak dan ramai orang mula luahkan yang diorang takpuas hati dengan aku. Relationship dengan parents, aku malas nak cerita. Aku jadi makin malas kat rumah nak tolong apa-apa.

Insya-Allah semester 4 ni aku nak mula balik. Mula kuatkan balik rasa kehambaan dalam diri. Pujian dan kejayaan itu memang ujian yang berat. Ujian tahap iman, sabar dan tawaddu’ kita.

Nasihat aku, jaga hubungan dengan Allah. Kerapkan solat sunat, cuba istiqamahkan dua kali seminggu ke, amalkan puasa sunat dan merendah diri. Aku cerita untuk berkongsi apa hikmah yang pernah aku rasa. Bukan untuk riak atau apa, manatahu ada antara pembaca yang terbuka hati nak amalkan tahajud hasil cerita aku ni. Boleh tambah saham pahala sikit, hahaha. Terimakasih sudi baca!

Adios.

– Yahzan.

 

Perlu ke nak bangun tahajjud?

This entry was posted in qiamullail tahajud, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment